Kaka Guna Taktik Buat Suami ‘Cemburu’ Semata-Mata Mahu Tampil Dalam Video Muzik Janjiku
Pemenang AJL 35, Kaka Azraff baru-baru ini telah tampil dengan sebuah single baharu solo berjudul Janjiku.
Apa yang menariknya, untuk video muzik single berkenaan, ia turut menampilkan suaminya, Adam Azriff dan anak mereka iaitu Aslan.
“Pada mulanya suami enggan muncul, kemudian saya cuba buat dia ‘cemburu’ dan cakap dalam video muzik berkenaan ada babak perlu pegang tangan dengan pelakon lelaki.
“Apabila saya beritahu mengenai perkara berkenaan, akhirnya dia setuju dan saya anggap ia sesuatu yang cukup istimewa apabila suami dan anak turut berlakon bersama,” jelasnya.
Lagu Janjiku ini adalah hasil ciptaan bersama komposer dan penulis lirik prolifik MFMF bersama Tysha Tia la.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai lagu berkenaan, Kaka memberitahu bahawa Janjiku adalah sebuah karya yang menceritakan tentang kehidupan rumah tangganya yang pernah berhadapan dengan cabaran dan rintangan.
Ujarnya, menerusi lagu ini juga dia mahu memberi inspirasi kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk sentiasa kuat dalam melayari bahtera perkahwinan.
“Pada awal perkahwinan saya dan Adam dahulu pun memang sudah ada yang kurang senang.
“Begitu juga ketika melayari kehidupan berumah tangga, berlaku perselisihan faham itu biasa. Bagaimanpun, kami tetap berjaya menghadapi segala rintangan yang ada,” ujarnya.
Janjiku terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di semua pelantar digital sepe Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.
Manakala video muzik rasmi Janjiku boleh ditonton di YouTube Warner Music Malaysia sejak 26 Mac lalu. – KopiPlanet.com
The post Kaka Guna Taktik Buat Suami ‘Cemburu’ Semata-Mata Mahu Tampil Dalam Video Muzik Janjiku appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: