Ads Top

Haliza Misbun Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Jejaka Warga British

Pelakon popular Haliza Misbun kini sah bergelar isteri kepada seorang jejaka warga British, Matthew John Rodgers kira-kira pukul 5.25 petang ini.

Acara pernikahan yang berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinci membabitkan pasangan sebaya berusia 48 tahun itu berlangsung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya 50 orang yang hadir.

Pada majlis tersebut, pelakon berkenaan menerima mas kahwin RM80 serta wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baru.

Selain itu, Haliza juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Pasangan berkenaan dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelaki pelakon itu, Othman Misbun.

“Alhamdulilah, ini adalah perkahwinan saya. Selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki berhubung status diri saya, termasuklah ada yang menyangka saya sudah berkahwin.

“Pada hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah,” katanya.

Perkahwinan Haliza dengan perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu melenyapkan tanda tanya berkenaan status sebenar pelakon tersebut.

Dalam pada itu, menurut Haliza, hubungannya dengan suami terjalin sejak hampir empat tahun lalu.

“Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu dan perkenalan kami adalah menerusi kawan ketika pertemuan di sebuah restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain sehinggalah menerbitkan rasa jatuh cinta.

“Malah selepas setahun akrab, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya rasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek. 

“Sudah tentu pengalaman hidup masing-masing mematangkan diri serta menjadi faktor keserasian itu mudah diperolehi,” katanya.

Malah adiknya, Rozana Misbun turut menjadi pengapit. Sejurus selesai majlis akad nikah, mempelai turut diraikan di sebuah dewan di lokasi sama.

Haliza juga menyatakan suaminya turut melakukan strim langsung di halaman Facebook untuk berkongsi detik bahagia itu bersama keluarga rapat di England. – KopiPlanet.com

The post Haliza Misbun Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Jejaka Warga British appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.