Ads Top

FARAHALYA Penuhi Citarasa Fesyen Muslimah, Utamakan Keselesaan Dengan Gaya & Rekaan Menarik

Tidak dinafikan, sudah terdapat banyak jenama fesyen pakaian muslimah di pasaran memandangkan ia mempunyai permintaan yang cukup tinggi.

Kini, terdapat satu lagi jenama yang muncul iaitu FARAHALYA yang bakal menjadi pilihan wanita muslimah untuk mendapatkan pakaian yang diingini.

Menutup aurat, sopan namun tampil merupakan antara perkara yang menjadi keutamaan buat jenama FARAHALYA bagi memenuhi citarasa kebanyakan wanita muslim hari ini.

Biarpun muncul sebagai jenama baharu, FARAHALYA terus mara dalam memberikan keselesaan kepada kaum wanita yang mementingkan gaya dan rekaan menarik dalam kehidupan penuh kemodenan.

Pengasas FARAHALYA, Datin Hamizan Puteh mengeluarkan pakaian ini berdasarkan dari pengalaman beliau sendiri, di mana agak sukar buat dirinya untuk mendapatkan pakaian yang berfesyen tapi menepati ciri-ciri Muslimah.

“Saya seorang yang begitu minat berfesyen, namun apa yang saya dapati di pasaran agak sukar untuk mendapatkan pakaian yang menepati citarasa saya iaitu sopan.

“Jadi, bila difikirkan kenapa tidak saya sahaja yang mengeluarkan jenama pakaian sendiri. Setidaknya saya tahu apa yang dimahukan oleh golongan wanita,” ujarnya.

Ujar Hamizan, dalam usaha untuk melahirkan jenama FARAHALYA ini, beliau tidak tergopoh-gapah dalam mengeluarkan rekaan. 

Jelas beliau, pihaknya sudah melakukan kajian dalam masa setahun untuk ‘menyelami’ sendiri apa yang sebenarnya dimahukan oleh kebanyakan wanita.

“Alhamdulillah, saya beruntung mendapat pasukan yang banyak membantu sejak awal lagi sehingga terbinanya jenama FARAHALYA ini dipasaran,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa nama FARAHALYA sebenarnya diambil daripada nama anak sulungnya yang kini sedang menuntut di Astralia. 

Jelas Hamizan, sepatutnya anaknya itu akan berada sekali di sini, namun disebabkan pandemik Covid-19, dia tidak dapat menghadirikan diri.

Setiap keluaran pakaian FARAHALYA adalah amat terhad kuantitinya kerana dunia fesyen amat cepat berubah. Untuk design yang pertama dinamakan ZYZAH sempena dengan nama ibunya. Design ini mempunyai lima (5) pilihan warna dan empat (4) size iaitu S, X, M dan XL serta harga pengenalan iaitu RM129.00 bagi semua rekaan.

“Buat masa ini pihak kami hanya menjalankan perniagaan dalam talian sahaja menggunakan website www.farahalya.com dan juga Instagram @farahalya_hq memandangkan medium ini adalah kaedah yang terbaik pada ketika ini.

“Untuk design ZYZAH ini pihak kami menggunakan tukang jahit tempatan dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk menjana ekonomi dalam keadaan pendemik ini,” tambahnya lagi.

Jelasnya, mereka hanya mengeluarkan 1,000 helai sahaja bagi setiap rekaan dan merancang untuk mengeluarkan rekaan yang baru setiap dua atau tiga bulan sekali bergantung kepada permintaan.

Sebenarnya Datin Hamizan bukanlah orang baharu dalam dunia pernigaan sebaliknya sudah berpengalaman luas dalam bidang fesyen dan mendapat sokongan daripada suami, ahli keluarga dan juga kakitangan yang setia selama ini bersama beliau.

“Tanpa mereka saya tidak mampu untuk melaksanakan semua ini. Terima kasih kepada suami, anak-anak kerana memahami kesibukan saya sejak dari hujung tahun lepas lagi untuk jenama FARAHALYA ini. Semoga FARAHALYA mampu bersaing dengan jenama besar yang lain,” katanya. – KopiPlanet.com

The post FARAHALYA Penuhi Citarasa Fesyen Muslimah, Utamakan Keselesaan Dengan Gaya & Rekaan Menarik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.