Ads Top

Astro Awani Akan Beri Kerjasama Berhubung Siasatan Berkaitan Kontroversi Penyampaian Berita

Saluran berita Astro Awani memaklumkan akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia susulan kepada siasatan berkaitan kontroversi penyampaian berita AWANI 745 mengenai isu kompaun RM50,000 terhadap dua peniaga kecil di Kelantan.

“Kami sentiasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat perlu sentiasa dihormati dan dipelihara setiap masa,” ujarnya Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Sebelum ini, polis kini difahamkan membuka kertas terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan pembaca berita itu telah menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa terutama pasukan PDRM.

Dalam kenyataan yang sama, Ashwad berkata Astro Awani sentiasa komited bersama memperkukuh jalinan kerjasama yang sedia erat antara masyarakat dan PDRM melalui pemberitaan yang beretika, seimbang dan berkualiti. – KopiPlanet.com

The post Astro Awani Akan Beri Kerjasama Berhubung Siasatan Berkaitan Kontroversi Penyampaian Berita appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.