Anggap Satu Tanggungjawab, Hattan Tidak Kisah Kalau Ada Yang Menyampah Dirinya Guna Media Sosial Beri Teguran
Penyanyi rock popular, Datuk Hattan menyatakan dirinya tidak kisah sekiranya terdapat mana-mana individu atau pihak yang berasa menyampah dengannya kerana kerap memberi teguran di media sosial.
Hattan berkata, selaku seorang senior atau orang lama dalam industri, dia tidak melihat ia sebagai satu kesalahan dan menganggap ia adalah satu tanggungjawab dirinya untuk menegur.
“Misalnya, baru-baru ini saya ada menegur mengenai isu rentas negeri. Namun, teguran itu bukanlah ditujukan kepada golongan selebriti sahaja.
“Teguran berkenaan adalah secara umum dan saya buat atas dasar tanggungjawab. Kalau dah memang salah, pasti saya akan tegur.
“Apabila dah tegur, nampaklah kesedaran itu sikit. Jika ada yang tak suka atau menyampah, ikut suka hati merekalah. Dalam dunia ini pun bukan semua orang suka kita, sudah tentu mesti ada yang membenci,”katanya.
Hattan berkata demikian semasa ditemui dalam majlis pelancaran pelantikannya sebagai duta produk air minuman Stobu petang tadi.
Dalam pada itu, Hattan juga meluahkan rasa pelik dengan sikap segelintir yang gemar memuji depan-depan, namun bersikap mengutuk di belakang.
“Depan tajuk baik dan bagi kata-kata positif, belakang pula kutuk-kutuk. Perangai apa macam itu? Bagi saya, jika ada perkara salah di depan mata, tegur sahaja terus.
“Sesuatu teguran itu bukanlah bererti nak matikan semangat, tetapi untuk membakar semangat supaya individu yang ditegur itu mampu memperbaiki diri,” ujarnya yang sering menggunakan loghat Negeri Sembila menengur sesuatu perkara.
Ujarnya, setiap teguran itu juga perlu diambil dari sudut yang positif.
Jalas Hattan lagi, terdapat juga segelintir rakan-rakan yang bersetuju dengan tindakannya itu yang berani menegur.
“Kalau diikutkan memang ada rakan artis yang mesej diam-diam dan setuju dengan teguran yang saya buat.
“Apa pun tiada istilah saya nak jadi hero atau apa. Tegur sama-sama kalau ada salah. Tak akan saya seorang saja yang nak tegur,”katanya. – KopiPlanet.com
The post Anggap Satu Tanggungjawab, Hattan Tidak Kisah Kalau Ada Yang Menyampah Dirinya Guna Media Sosial Beri Teguran appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: