Ads Top

(Video) “Terpaksa Tengok Berkali-kali,” Lelaki Rakam Situasi ‘Mengelirukan’ Kapal Seakan ‘Terapung Di Langit’

Seorang lelaki telah merakam situasi unik yang membingungkan di mana sebuah kapal besar dilihat seakan sedang ‘berlayar di langit’ dalam satu ilusi optik di Aberdeenshire, Scotland.

Dalam laporan Daily Mail, Colin McCallum telah terlihat situasi itu pada Jumaat lalu serta merakam kejadian luar biasa berkenaan.

“Terlihat ilusi optik dalam dunia sebenar di Banff hari ini,” katanya ketika berkongsi video tersebut di Facebook.

“Semasa saya pertama kali melihat kapal itu, saya terpaksa melihat berkali-kali kerana saya benar-benar fikir ia terapung. Namun, setelah diperiksa lebih lanjut, saya melihat bahawa ia sebenarnya hanya ilusi optik yang luar biasa,” katanya.

Jelas Colin, pembentukan awan berhampiran pantai telah ‘mengubah’ warna air yang berdekatan dengan darat, membuatkannya kelihatan lebih gelap. Hal ini menyukarkan untuk membezakan garisan pemisah antara langit dan laut, tulis portal itu.

“Kapal itu berada pada jarak yang jauh dikawasan tanpa awan di mana langit kelihatan sama seperti laut sehingga menampakkan kapal itu terapung.”

Sumber: Daily Mail

The post (Video) “Terpaksa Tengok Berkali-kali,” Lelaki Rakam Situasi ‘Mengelirukan’ Kapal Seakan ‘Terapung Di Langit’ appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.