Ads Top

Pawagam Dibenarkan Beroperasi, Tertakluk Kepada Garis Panduan & SOP Yang Telah Ditetapkan

Setelah beberapa bulan tidak dibuka, pawagam kini telah dibenarkan kembali untuk beroperasi mulai 5 Mac ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), ia termasuk aktiviti penggambaran di seluruh negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sehubungan itu, aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ia meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” jelas kenyataan tersebut.

Sebelum ini, operasi pawagam antara yang tidak dibenarkan berikutan usaha kerajaan untuk mengekang wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda.

Bagaimanapun, pihak pawagam telah meminta untuk beroperasi semula memandangkan sudah banyak sektor ekonomi yang kini sudah kembali beroperasi. – KopiPlanet.com

The post Pawagam Dibenarkan Beroperasi, Tertakluk Kepada Garis Panduan & SOP Yang Telah Ditetapkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.