Ads Top

(Video) Tak Boleh Balik Malaysia Kerana COVID-19, Jurugambar Kongsi Momen Pasangan Menikah Secara “Online”

Dalam keadaan pandemik COVID-19 pada ketika ini, setiap orang perlu beradaptasi dengan gaya hidup norma baharu.

Ia termasuk melibatkan hal perkahwinan yang memperlihatkan pelbagai SOP yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan jangkitan virus.

Pun begitu, berbeza pula kisahnya dengan pasangan yang berjauhan beribu batu.

Pengantin perempuan tidak boleh pulang kerana berada di luar negara, pasangan ini terpaksa melangsungkan perkahwinan secara maya.

Momen-momen pernikahan Raina Syed dan Azizul Aziem dimuatnaik oleh jurugambar, Qayyum Soberon di Facebook.

Raina Syed x Azizul AziemAkad Nikah Norma Baharu V2.0Perth – Shah Alam

Posted by Qayyum Soberon on Friday, March 12, 2021

Hampir 20 tahun menetap di Perth, Australia, Raina mengatakan bahawa mereka sebenarnya merancang untuk berkahwin di Kuala Lumpur pada September tahun lalu namun terpaksa ditunda disebabkan COVID-19 dan tidak dapat pulang ke Malaysia.

“Pada awalnya kami menunda perkahwinan ini dan Januari lalu kami membuat keputusan untuk bernikah secara maya,” katanya ketika dihubungi SK.

Gambar Via Qayyum Soberon
Gambar Via Qayyum Soberon

Tambahnya lagi, persediaan pernikahan bagi kedua-dua belah keluarga sangat minimal kerana mereka mendapat tarikh nikah lapan hari sebelum majlis berlangsung.

“Keluarga saya di Malaysia membuat beberapa dulang hantaran untuk ditukar dengan pihak lelaki, sementara di Perth, saya hanya menyewa backdrop dan buat makan sikit,” katanya.

Gambar Via Qayyum Soberon

Walaupun tiada majlis atau kenduri besar-besaran, pernikahan itu dilihat sangat bermakna dan pastinya menjadi hari yang paling bahagia untuk pasangan pengantin.

Sumber: Qayyum Soberon

 

The post (Video) Tak Boleh Balik Malaysia Kerana COVID-19, Jurugambar Kongsi Momen Pasangan Menikah Secara “Online” appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.