(Video) Gigih Balut Hadiah Seorang Diri Jam 1 Pagi, Gadis Sebak Dapat Hadiah Tak Disangka
Walaupun mungkin sesetengah ibu bapa jarang mengucapkan kata sayang namun mereka tetap sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anak.
Hargailah setiap detik bersama mereka kerana ia akan menjadi memori yang akan dikenang nanti.
Menerusi video yang tular di TikTok, Arifah Rahim berkongsi momen ketika dia membuka hadiah hari lahir yang diberikan oleh ayahnya.
Momen tersebut memperlihatkan hubungan kekeluargaan yang erat dan bahagia.
Arifah berkata bahawa ayahnya sanggup membalut hadiah pada pukul 1 pagi bagi memberikan kejutan istimewa sempena hari lahirnya yang ke-21.
@repmel00 20/3; Sorry for the muka bangun tido and this is part 1 #fyp #family #birthday #emotional #sad
Dia dikejutkan dengan hadiah yang tidak disangka-sangka iaitu seutas gelang emas.
Pada saat itu, dia tidak dapat menahan sebak dan menangis bersama ibu bapanya.
@repmel00 Reply to @aireenysa ni part 2 gais jangan expect anything tau just nak share je#fyp #family #birthday #sad
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak melihat momen keluarga itu.
Sumber: Arifah Rahim
The post (Video) Gigih Balut Hadiah Seorang Diri Jam 1 Pagi, Gadis Sebak Dapat Hadiah Tak Disangka appeared first on Siakap Keli.
No comments: