Ads Top

Syafiq Yusof Hasilkan Filem Penunggang Agama, Inspirasi Kisah Sebenar Yang Difiksyenkan

Setelah kali terakhir muncul dengan filem Misteri Dilaila, pengarah Syafiq Yusof kini muncul dengan karya terbaharu iaitu Penunggang Agama.

Syafiq berkata, Penunggang adalah adalah karya yang diinspirasi daripada kisah sebenar yang pernah dilaluinya sebelum, namun ia telah difiksyenkan untuk menjadi sebuah naskhah filem.

“Idea untuk filem ini sudah tercetus sejak lima tahun lalu dan ia ada sedikit adaptasi daripada perjalanan hidup saya, tetapi saya fiksyenkan.

“Apa yang saya cuba paparkan adalah gambaran terhadap situasi yang terjadi, misalnya mempercayai seseorang yang menggunakan agama,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis pratonton filem berkenaan baru-baru ini.

Penunggang agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri yang berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami gangguan makhluk halus, manakala Datuk Hafsyam iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.

Namun begitu, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati bapanya untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam. Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar.

Menariknya, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Datuk Jalaluddin Hassan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Nasir Bilal Khan dan Johan As’ari.

Mengenai pemilihan genre seram yang menerapkan elemen Islamik untuk karya kali ini, Syafiq menjelaskan antaranya adalah disebabkan cabarannya berbeza, di mana banyak rujukkan yang perlu dibuat, terutama pada penghasilan skrip dan adegan.

“Selain itu, konflik penunggang agama itu sendiri sememangnya dekat dengan masyarakat dan saya cuba menyampaikan mesej-mesej yang diharap boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua,” jelasnya.

Penunggan Agama kini sudah berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Mac (hari ini). Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau bokeh juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, pelanggan boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. – KopiPlanet.com

The post Syafiq Yusof Hasilkan Filem Penunggang Agama, Inspirasi Kisah Sebenar Yang Difiksyenkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.