Syatilla Melvin Berhadapan Detik Cemas, Anaknya Syeriv Cedera Akibat Terjatuh, Kena Tujuh Jahitan Dibibir
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi detik cemas apabila anaknya, Syeriv telah mengalami kecederaan akibat terjatuh.
Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla memberitahu anaknya itu terpaksa menerima tujuh jahitam di bibir.
“Ya Allah moment di atas sampai bila-bila takkan bubu lupa. Sedihnya ya Allah tengok anak kita mcm tu. Terpaksa tidokan dia untuk jahit bibir dia atau dia akan meronta-ronta kalau jahit dalam keadaan sedar.
“Ya Allah macam air terjun air mata bubu ni. Ni baru sikit, tiba-tiba terdetik, macam mana lah perasaan mak-mak yang kena hadap anak kecik sakit kronik, cancer dan sebagainya, Allahuakhbar moga Allah kuatkan semangat ibu-ibu semua! Mcm ni pun rasa xsanggup tengok,” ujarnya.
Menurut Syatilla, ketika itu fikirannya tidak senang memandangkan ketika itu dia sedang menjalani penggambaran.
Malah, pelakon itu juga memberitahu bahawa suaminya, Shaheizy Sam juga sedang menjalani penggambaran dan berada di lokasi yang jauh.
“Bayangkan hati xsenang fikir anak tiba-tiba kena lari sambung shooting. Terpaksa akur untuk menghormati masa orang lain yang terlibat sama. Depa pun ada family tunggu kat rumah.
“Susah hati jangan cakap la, tapi Alhamdulillah Allah lancarkan semua,” ujarnya. – KopiPiplanet.com
The post Syatilla Melvin Berhadapan Detik Cemas, Anaknya Syeriv Cedera Akibat Terjatuh, Kena Tujuh Jahitan Dibibir appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: