Ads Top

Raja Ilya Tolak Tawaran Lumayan Apabila Diminta Terbabit Dengan Adegan Bogel

Pelakon Raja Ilya mendedahkan bahawa dia terpaksa membuat keputusan menolak membintangi sebuah siri Netflix pada tahun 2018 memandangkan dia perlu melakukan adegan bogel dalam inkubator.

Raja Ilya berkata, keputusan berkenaan harus dilakukan kerana dia tidak akan terbabit dengan babak-babak sebegitu.

“Memang tawaran yang diberikan sangat bagus terutama sekali bayaran yang lumayan dan peluang yang diterima, apatah lagi terbabit dengan sebuah syarikat yang besar.

“Sesetengah orang menganggap lakonan sebagai seni, tetapi saya tidak selesa untuk terbabit dengan babak bogel atau aksi seksual,” jelasnya.

Selain itu, menerusi video berkenaan juga mendedahkan dia pernah berpeluang menghantar video ujibakat bagi filem Jurrasic World dan Star Wars Episode IX, tetapi tiada sebarang maklum balas dan dia mengakui agak kecewa dengan perkara tersebut.

Malah, dia juga memberitahu bahawa namanya turut tersenarai pendek dalam sebuah filem terbitan Marvel Studios iaitu Miss Marvel untuk watak Kamala Khan.

“Nama saya tersenarai pendek untuk uji bakat berkenaan, tetapi saya tahu ada lagi pelakon lain dari India yang turut tersenarai, namun masih tidak mendapat sebarang jawapan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Raja Ilya mengakui bahawa tahun 2018 adalah kemuncak kerjayanya sebagai seorang pelakon. – KopiPlanet.com

The post Raja Ilya Tolak Tawaran Lumayan Apabila Diminta Terbabit Dengan Adegan Bogel appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.