Ads Top

(Gambar) Pemuda Labur RM10k “Make Up” Bezza, Kini Tampil Imej Lebih Garang

Bila sebut mengenai kereta sendiri, pasti ramai yang membayangkan untuk ‘mencantikkan’ kenderaan itu dengan pelbagai spec yang menarik.

Sebenarnya, tak kisah kereta apa pun, ia pasti akan kelihatan lawa jika tidak diubah dengan keterlaluan.

Tetapi, apa yang penting adalah anda juga perlu bersedia dari segi wang ringgit kerana sesetengah kereta menelan kos yang sangat tinggi untuk diubahsuai.

Bagi yang mempunyai kereta Perodua Bezza, anda mungkin ‘terinspirasi’ apabila melihat ubahsuai yang dilakukan oleh dua lelaki ini pada kereta mereka.

Makeup sikit pun dah cantik

 

Menurut Fendymojo, kos untuk makeup keseluruhan kereta itu secara kasarnya sebanyak adalah RM10,000.

Selepas diubahsuai, kereta Bezza berwarna putih yang baru sahaja dua bulan digunakan itu kelihatan sangat lawa dan ‘garang’.

Tidak cuma itu, kereta Bezza hitam yang dimiliki oleh rakannya, Akeem Sharyzal juga menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular di Twitter.

Ditanya mengenai kereta itu, Akeem berkata bahawa kos untuk ubahsuai sebenarnya bergantung kepada bajet seseorang.

Menurutnya, kos keretanya itu melebih RM10,000 tetapi dia mengubah bahagian yang penting dahulu seperti bodykit dan sportrim.

“Macam tu pun dah nampak perubahan pada kereta, yang lain-lain beli barang Shopee,” katanya.

Sumber: AkeemSharyzal, Fendymojo

The post (Gambar) Pemuda Labur RM10k “Make Up” Bezza, Kini Tampil Imej Lebih Garang appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.