Lepas Hilangkan Diri Dan Mahu Keluar Islam, Sajat Cetus Lagi Kontroversi, Letak Tanda Salib Di Akaun Tik Tok Miliknya
Setelah mencetuskan kontroversi apabila menghilangkan diri dan mengaku mahu keluar daripada agama Islam, usahawan Nur Sajat sekali lagi mencetuskan tanda tanya ramai.
Yang terbaharu, dia telah bertindak meletakkan tanda salib di bahagian bio akaun Tik Toknya.
Ternyata perkara itu sekali telah mendapat kecaman daripada netizen atas tindakannya itu serta mempersoalkannya.
Setakat ini, akaun Tik Toknya sudah memiliki sebanyak 572,200 followers dan kali terakhir dia memuat naik video pada 20 Februari lalu.
Sebelum ini, Sajat mencetuskan kontroversi apabila tular sebuah video yang menyatakan dia mahu keluar daripada agama Islam. – KopiPlanet.com
The post Lepas Hilangkan Diri Dan Mahu Keluar Islam, Sajat Cetus Lagi Kontroversi, Letak Tanda Salib Di Akaun Tik Tok Miliknya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: