(Video) Tiada Jalan Singkat, Lelaki Ambil Masa Setahun Turun 93kg, Kini Tampil Lebih Bergaya
Banyak sebenarnya tips dan petua yang boleh diikuti apabila ingin menurunkan berat badan.
Namun semuanya bergantung kepada anda kerana tanpa usaha dan semangat yang berterusan, anda tidak akan mendapat hasil yang diinginkan.
Mungkin anda boleh terinspirasi dari usaha yang dilakukan oleh Syazwan Baharuddin ini yang berjaya menurunkan berat badan dari 173kg kepada 80kg.
Menerusi videonya di TikTok, dia berkongsi hasil perubahan yang dialaminya setelah menjaga pemakanannya.
@syzwnbaha 173kg to 80kg #glowup #fyp #howdoichange #foryoupage
Dihubungi oleh SK, Syazwan berkata bahawa dia mengamalkan diet berasaskan calorie deficit dan akan makan tepat pada waktu pagi, tengah hari dan malam.
“Tidak pernah skip makan, janji makanan tersebut dalam kalori keperluan harian saya,” katanya.
Tambahnya lagi, dia juga mengamalkan minum air kosong sebelum dan selepas makan.
“Saya dari kecil memang berbadan besar, dari dulu nak diet tapi tak menjadi, turun 2kg naik balik 5kg.
“Sampai la akhir tahun 2016, saya betul-betul diet dan ambil masa setahun untuk turunkan berat dari 173kg kepada 80kg,” katanya.
Syazwan juga mengatakan bahawa perkara yang paling utama dalam menurunkan berat badan adalah jangan mudah berputus asa.
Sumber: Syazwan Baharuddin
The post (Video) Tiada Jalan Singkat, Lelaki Ambil Masa Setahun Turun 93kg, Kini Tampil Lebih Bergaya appeared first on Siakap Keli.
No comments: