Ads Top

(Video) TERKINI: Satu Lagi Detik Sejarah, PM Muhyiddin Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech sempena pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, sebentar tadi.

Menerusi siaran langsung, suntikan disempurnakan oleh Ketua Jururawat bertugas, Sister Lina Ibrahim di Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya yang menjadi antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Selain Muhyiddin, turut menerima vaksin fasa pertama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia.

Fasa pertama pemberian vaksin ini yang akan berlangsung sehingga April depan, akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Ahad lalu, pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang yang membawa kumpulan pertama vaksin itu selamat mendarat di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA kira-kira jam 10 pagi tadi.

Proses pengedaran dan penghantaran vaksin Covid-19 dari kilang Pfizer-BioNTech di Belgium ke negara-negara di seluruh dunia dikendalikan sendiri oleh Syarikat Pfizer dan juga DHL menerusi satu perjanjian di peringkat global.

[[LIVE]] Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

[[LIVE]] Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan24 Februari 2021 (Rabu) 'Yang sahih di Berita RTM'#BeritaRTM #RTM #COVID19Malaysia #PKP #KitaJagaKita #KerajaanPrihatin #DaruratCOVID19 #LindungDiriLindungSemua

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, February 23, 2021

Sumber: Siaran Langsung RTM

The post (Video) TERKINI: Satu Lagi Detik Sejarah, PM Muhyiddin Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.