Ads Top

TERKINI: Hero Negara, Tan Sri Noor Hisham Jadi Individu Ketiga Terima Suntikan Covid-19

Siaran langsung daripada Putrajaya, pelancaran Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan. Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menerima suntikan vaksin jenis Pfrizer Biotech.

Kini, giliran ‘hero’ negara Pengarah Kesihatan, YB Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima suntikan dos vaksin Covid-19 yang pertama.

Beliau merupakan orang ketiga menerima suntikan vaksin ini selepas Perdana Menteri dan seorang petugas barisan hadapan, Clement a/l Marai Francis. Mereka dinasihatkan untuk berehat selama 30 minit selepas menerima suntikan tersebut.

Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Feb (Jumaat) itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin tersebut untuk fasa pertama ini yang akan berlangsung hingga April depan.

[[LIVE]] Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

[[LIVE]] Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan24 Februari 2021 (Rabu) 'Yang sahih di Berita RTM'#BeritaRTM #RTM #COVID19Malaysia #PKP #KitaJagaKita #KerajaanPrihatin #DaruratCOVID19 #LindungDiriLindungSemua

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, February 23, 2021

 

Sumber: Siaran langsung KKM

The post TERKINI: Hero Negara, Tan Sri Noor Hisham Jadi Individu Ketiga Terima Suntikan Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.