Ads Top

Bil Air Tak Sampai, Zarina Zainuddin Pertikai Bekalan Air Rumahnya Kena Potong

Pelakon Zarina Zainudin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Pengurusan Air Selangor yang memotong bekalan air di rumahnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi laman Instagram miliknya.

“Bill tak sampai tetiba air dah kena potong .. ada akal ke kenapa bill api boleh sampai elok bill air tak sampai sampai tetiba air kena potong …

“Terima kasih banyaklah .. kes macam ni saya nak rujuk kat mana?” tulisnya.

Menurutnya, ia juga agak menyukarkan diri untuk menguruskan dua orang anaknya yang menghidap autisme.

“Anak saya mana tau air takde ke api takde ke dia cukup masa kencing berak cari toilet pastu nak cuci dgn apa ke ..

“saya ni bukannya pandai sangat last last nanggis jer laaa,” luahnya. – KopiPlanet.com

The post Bil Air Tak Sampai, Zarina Zainuddin Pertikai Bekalan Air Rumahnya Kena Potong appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.