Ads Top

(Video) Mungkin Tak Ramai Tahu, Ini 5 Lubang Saliran Pada Kereta Yang Perlu Sentiasa Dibersihkan

Bukan sahaja perlu mahir memandu, banyak sebenarnya yang perlu diberi perhatian apabila mempunyai kereta sendiri.

Setiap bahagian pada kereta anda mempunyai fungsi tertentu yang pastinya perlu diselenggara.

Mungkin sebelum ini anda terlepas pandang namun terdapat beberapa lubang saliran air yang perlu diselenggara agar ia tidak tersumbat dan menyebabkan kereta anda rosak.

Lubang saliran yang biasanya dapat dilihat dengan jelas adalah di bahagian bawah pintu kereta kerana air hujan dapat meresap melalui penutup pintu.

Jom saksikan video di bawah ini untuk ketahui beberapa lubang saliran lain yang perlu dibersihkan oleh anda.

@cams.auto.tips

Important 👀 #carguy #todayilearned #antifyp #needtoknow

♬ ROCKSTAR – DaBaby, Roddy Ricch

Menurut portal The Day, kebarangkalian untuk anda mengalami masalah dengan lubang saliran adalah bergantung terhadap reka bentuk kereta dan lokasi meletak kereta anda.

Anda boleh melakukan pemeriksaan lubang saliran ini semasa mencuci atau menyelenggara kereta.

Sumber: Cams.auto.tips, The Day

The post (Video) Mungkin Tak Ramai Tahu, Ini 5 Lubang Saliran Pada Kereta Yang Perlu Sentiasa Dibersihkan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.