(Video) Digelar Pengendali Terhebat Di Dunia, Ramai Kagum “Skill” Lelaki Ni Bawa Masuk Keluar Backhoe Dari Longkang Besar
Jika diimbas kembali, salah satu hobi semasa kita kanak-kanak dahulu adalah menatap jentera-jentera berat yang sedang bekerja.
Waktu itu, apa sahaja jenis jentera berat, semua kita panggil ‘traktor’, kan? Sampailah kita berkhayal dan berangan nak bawa jentera sendiri.
Jentera-jentera berat ini dicipta dengan tujuannya masing-masing. Ciri-ciri ‘fizikalnya’ yang ‘berbadan’ besi dan bersaiz besar memang sesuai digunakan untuk kerja-kerja yang kasar.
Antara jentera berat paling ‘familiar’ yang selalu kita nampak di mana-mana ialah jentera jenis ‘backhoe loader’.
Jentera jenis ‘backhoe loader’ ini umumnya digunakan untuk kerja-kerja pengorekan tanah berskala besar, biasanya ia ‘bertugas’ di tapak pembinaan, jalan raya mahupun kawasan hutan.
Namun jangan tidak tahu, jentera ini juga mampu ‘beraksi’ seakan labah-labah apabila berjaya ‘turun’ ke dalam longkang besar untuk membersihkan semak, kemudian boleh naik semula ke darat dengan mudah sekali.
Rakaman video berdurasi tiga minit 13 saat ini dimuat naik di laman Facebook Supercar Blondie baru-baru ini. Jom saksikan video ini.
This has gotta be the craziest and most creative way to get a massive machine like this in and out of a job site – thanks to @israelanselmo
Posted by Supercar Blondie on Tuesday, February 9, 2021
Sumber: Supercar Blondie
The post (Video) Digelar Pengendali Terhebat Di Dunia, Ramai Kagum “Skill” Lelaki Ni Bawa Masuk Keluar Backhoe Dari Longkang Besar appeared first on Siakap Keli.
No comments: