(Video) Boleh Ikut Senaman Ringkas Jurufisio Ajar Ini, Dapat Bantu Kurangkan Sakit Belakang
“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”. Dialog ini selalu kita dengar di kaca televisyen, kan?
Itu sakit kepala. Umumnya kebanyakan orang pun sudah tahu, kalau sakit kepala ‘datang’ apa nak buat, nak makan ubat apa, nak cari ubat di mana dan sebagainya.
Tapi macam mana pula dengan sakit belakang? Boleh dikatakan hampir semua orang akan mengalami sakit belakang sama ada kerap atau kadangkala.
Antara punca dipercayai menyebabkan belakang badan terasa sakit adalah mungkin kerana duduk terlalu lama di atas kerusi, baring di tempat yang tidak sesuai dan banyak lagi.
Justeru, kalau sakit belakang tiba-tiba menyerang, apa kita nak buat? Ok, jom saksikan video cara rawatan kendiri sakit belakang yang dikongsikan oleh Physiomobile di bawah ini.
Siapa sini kerap sakit belakang??
Haaa..
Meh kami share sikit senaman yang paling simple untuk korang semua.
Nak banyak lagi info dan tips kesihatan fizikal ?? Apa tunggu lagi, jom la follow Physiomobile #physiomobileprihatin pic.twitter.com/PPLSer177K
— PHYSIOMOBILE (@Physiomobile_) February 12, 2021
Semoga bermanfaat.
Sumber: Twitter Physiomobile
The post (Video) Boleh Ikut Senaman Ringkas Jurufisio Ajar Ini, Dapat Bantu Kurangkan Sakit Belakang appeared first on Siakap Keli.
No comments: