TERKINI: PKP 2.0 Dilanjutkan, Rentas Negeri & Aktiviti Sosial Tetap Tidak Dibenarkan- Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa rentas negeri dan aktiviti sosial tetap tidak dibenarkan.
Menurutnya, SOP masih lagi sama seperti yang telah diperkenalkan sebelum ini.
“Rentas negeri yang kita buka dahulu telah menyumbang kepada kes positif COVID-19,” katanya.
Tambahnya, terdapat 31 kluster yang berkaitan dengan rentas negeri.
“Sebab itu kita bagi penekanan rentas negeri masih tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada peningkatan kes positif,” katanya lagi.
Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa PKP 2.0 telah dilanjutkan dari 5 Februari sehingga 18 Februari ini.
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan)
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. (2 Februari 2021)
Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, February 1, 2021
Sumber: RTM
The post TERKINI: PKP 2.0 Dilanjutkan, Rentas Negeri & Aktiviti Sosial Tetap Tidak Dibenarkan- Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.
No comments: