Ads Top

Syanie Kahwin Kali Ketiga, Kini Bergelar Isteri Kepada Perunding Kewangan

Setelah setahun berkenalan dan mengenali hati budi masing-masing, pelakoncdan ahli perniagaan, Syanie Hisham telah mendirikan rumah tangga dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor pada pukul 9 pagi tadi.

Acara pernikahan telah berlangsung dalam suasana ringkas serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Syanie berkata, majlis pernikahannya itu hanya disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.

“Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya. Sepatutnya kami merancang mengadakan majlis keraian pada 21 Februari ini.

Bagaimanapun, penguatkuasaan PKP telah mendorong kami menundanya dulu. Mungkin bulan depan majlis keraian itu akan dianjurkan,” katanya yang anggun dengan persalinan Kay Ibrahim.

Ujar Syanie, sebenarnya bukan mudah untuk dia membuka lagi hati selepas dua kali perkahwinan yang dibina terlerai.

“Melihatkan keikhlasan dan kejujuran hatinya telah membuka hati saya kembali menikmati kemanisan ini. Kalau ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti.

“Ternyata pengalaman lalu telah mematangkan diri saya. Setahun lalu dia bersungguh-sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.

“Dengan menunjukkan sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” katanya.

Kata Syanie yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga bergelar duda, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

“Mungkin masing masing tahu kehidupan lampau bagaimana dilalui kami. Jadi mungkin itu yang buat kami jadi klik,” katanya

Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercerai pada 2002. Seterusnya perkahwinan kedua pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: TheLane.my

The post Syanie Kahwin Kali Ketiga, Kini Bergelar Isteri Kepada Perunding Kewangan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.