Ads Top

Siti Sarah Luah Rasa Kesal Insiden Barang Pelanggan Dicampak Pekerja Sebuah Syarikat Penghantaran

Baru-baru ini telah viral satu video insiden membabitkan pekerja sebuah syarikat penghantaran yang membaling dan mencampak barang-barang pelanggan akibat tidak berpuas hati dengan majikan.

Malah, insiden berkenaan turut mendapat perhatian penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang telah meluahkan kekecewaan terhadap insiden berkenaan.

“Allah… Mana pergi sifat amanah dan tanggungjawab ketika menjalankan kerja. Sarah yang tengok ni pun sedih sangat barang-barang dibeli hasil titik peluh dicampak dan dibaling. Kalau ada masalah sekalipun janganlah sampai kita merosakkan barang yang bukan kepunyaan dan hak kita.

“Mesti ada sebab kenapa mereka bertindak demikian. Apa yang Sarah baca tadi, katanya ada problem sikit dari segi komisyen? wallahualam Hmmm… Tak tahu apa cerita sebenarnya, tapi tak best juga untuk mereka yang bekerja kalau melibatkan komisyen ni.

Menurut Sarah, sekiranya timbul sebarang masalah seharusnya ada perbincangan yang dibuat antara majikan dan pekerja.

Ujarnya, dia juga menyarankan agar pihak majikan sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi oleh pekerja.

“Kalau ada masalah, duduk berbincang dulu majikan dan pekerja, janganlah buat macam tu sebab barang-barang tu semua tak salah tau!

“Kesian pembeli yang menanti penuh sabar nak dapat parcel dekat rumah.
Sarah harap pihak majikan segera ambil tahu isu ini dan sentiasa mengambil maklum masalah dan keluhan pekerja,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Siti Sarah


The post Siti Sarah Luah Rasa Kesal Insiden Barang Pelanggan Dicampak Pekerja Sebuah Syarikat Penghantaran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.