Ads Top

Shuib, Siti Sarah Dikenakan Kompaun RM1,000 Kerana Langgar SOP Ketika Makan Di Sebuah Restoran

Pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah merupakan antara lima individu yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan di sebuah restoran di Lipis, Pahang.

Menerusi laporan Kosmo Online, Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan artis itu dan dua lagi yang lain dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan.

Selain itu, mereka juga duduk di meja makan melebihi dua orang sekali gus melanggar SOP PKP.

“Pemilik restoran berkenaan turut dikompaun kerana membenarkan lebih dua orang pelanggan duduk di satu meja.

“Kompaun dikenakan ke atas lima individu itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Difahamkan pasangan artis berkenaan yang dalam perjalanan ke Kelantan makan di sebuah restoran di bandar ini kira-kira pukul 9 malam.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Menurut beliau, pihak polis akan melakukan pemantauan berterusan dan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang masih berdegil melanggar SOP ditetapkan. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Shuib & Kosmo Online

The post Shuib, Siti Sarah Dikenakan Kompaun RM1,000 Kerana Langgar SOP Ketika Makan Di Sebuah Restoran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.