Shaheizy Akui Bidang Lakonan Sudah Jatuh Nombor Dua, Kini Lebih Fokus Kepada Perniagaan
Pelakon Shaheizy Sam mengakui dunia lakonan kini sudah jatuh nombor dua dan kini dia lebih fokus kepada bidang perniagaan.
Ujar Sam, dia sendiri sudah agak perlahan berlakon sejak tiga tahun lepas dan hanya membintangi sesebuah filem satu atau dua setahun.
“Saya dah nampak diri pada masa akan datang yang saya mahu menjadi seorang ahli perniagaan.
“Untuk serius berniaga saya kena betul-betul fokus. Kalau aktif berlakon susah nak buat benda lain. Jadi, agak sukar untuk saya fokus kepada kedua-duanya,” ujarnya.
Sam berkata demikian semasa sidang media secara virtual pelancaran produk Pengaseh yang diusahakan bersama isterinya iaitu Syatilla Melvin.
Menurut Sam, kini dia terpaksa mengorbankan kerjaya lakonan yang sudah sebati dengan jiwanya, semata-mata mahu berjaya sebagai seorang ahli perniagaan.
“Alhamdulillah, saya rasa pengorbanan itu kini ternyata berbaloi dan sekarang saya dah banyak belajar tentang perniagaan.
“Kini saya anggap lakonan ini sebagai pendapatan kedua sahaja dan semata-mata untuk memenuhi keinginan untuk berlakon,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga menyarankan supaya jangan risau untuk keluar dari zon selesa dan perlu membuang ego dałam diri.
“Walaupun saya dikira agak berumur untuk memulakan perniagaan, saya tak kisah untuk bermula dari bawah serta belajar banyak ilmu dengan perniagaan.
“Sekarang saya rasa cukup bertuah kerana sudah memulakan langkah ini dengan ada dua tiga cabang pendapatan yang diraih,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Shaheizy Akui Bidang Lakonan Sudah Jatuh Nombor Dua, Kini Lebih Fokus Kepada Perniagaan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: