Ads Top

Pentingkan Kualiti Produk Buat Kilafairy Jalin Kerjasama Dengan UFORA Untuk Lipstik Terbaharu

Satu lagi catatan sejarah terpahat dalam karier penyanyi dan pelakon Kilafairy apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA.

Kilafairy atau Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan seperti lipstik dan blusher.

Menurutnya, apabila diberikan lipstik keluaran UFORA, dia mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.

“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya. Namun apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya.

“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai lipstik,” katanya.

Menurutnya tekstur lipstik ini yang lembut sememangnya tidak akan didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.

“Produk lipstik antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipstik UFORA. Harganya pula amat berpatutan hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” katanya.

Mengenai kolaborasi yang terjalin bersama UFORA, Kilafairy memberitahu sebelum ini dia tidak pernah menggunakan nama sendiri dalam sesebuah produk.

“Ini merupakan kali pertama saya benarkan sebuah brand mengguna nama saya dan kolaborasi ini bukan semata-mata kerana duit, sebaliknya kualiti produk yang dihasilkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebagai public figure, Kilafairy turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, ia telah mencetuskan untuk dia dan pengasas UFORA, Supia Saupi dengan memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.

“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit. Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta.

“Sesiapa yang berkeinginan mahu berniaga, tetapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu. Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu,” katanya.

Tambahnya lagi, UFORA menggunakan namanya untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Apapun produknya memang meletup dan sangat bagus dan senang nak jual. Jadi tolonglah cuba dahulu. Untuk permulaan kerjasama kami akan berjalan dalam tempoh dua bulan. Buat masa ini kami akan ‘test market’ terlebih dahulu.

“Namun saya difahamkan mereka berminat nak sambung lagi untuk tempoh tertentu. Apapun yang bekerja secara profesional melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Saya pun nak bantu UFORA dan orang-orang diluar sana. Apa yang saya boleh buat ialah push produk ini untuk bagi orang cuba, orang suka dan beli.

“Jadi yang berniaga dengan UFORA akan dapat jual produk dengan mudah dan mendatangkan keuntungan,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Pentingkan Kualiti Produk Buat Kilafairy Jalin Kerjasama Dengan UFORA Untuk Lipstik Terbaharu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.