Ads Top

Nak Terlibat Dengan Digital Ekonomi Dan Buat Bisnes Online Tapi Tak Faham Konsep? Ini Yang Perlu Kita Tahu

Bercakap tentang ekonomi, mesti ramai di antara korang yang melakukan pelbagai jenis perniagaan untuk menjana pendapatan terutamanya dengan keadaan sekarang ni. Bukan nak kata apa, aku sendiri pun tengah memikirkan pelbagai cara untuk menjana pendapatan seharian demi kelangsungan anak bini.

Baru-baru ni, ada seorang kawan sekerja aku yang menjalankan bisnes secara atas talian dan sempat aku bertanya, “Sekarang ni ramai sangat buat bisnes online, untung sangat ke Dol?”

“Boleh tahan Mer. Senang tak payah pergi mana-mana. PKP sambung ni tak tau nak buat apa, cuba jelah. Sekali dapat bolehlah RM2-3 ribu.

“Online ni sambil baring pun boleh jual Mer. Cumanya kau kena belajarlah cara-cara dia.”

Tambahnya lagi, sebelum nak membuat sebarang urusan secara online, kita kena faham mengenai konsep ekonomi digital.

Aku yakin ada dikalangan korang yang kurang faham dengan konsep ekonomi digital. Kalau korang tengok sekarang, perkembangan dan kemajuan teknologi boleh dikatakan hampir semuanya ada dalam kehidupan kita. Sama seperti kemajuan teknologi komunikasi, internet juga sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan.

Kuasa internet apatalah lagi, sehingga menjadikan Facebook antara medium yang sangat berpengaruh sehingga mencetus fenomena baru keusahawanan. Hanya melalui Facebook Live, Instagram Live mahupun pelantar digital lain, urusan perniagaan boleh dijalankan dari rumah walaupun berdepan pandemik hebat.

Apa itu Ekonomi Digital?

Ekonomi digital adalah aktiviti dan urus niaga yang didorong oleh sektor awam dan swasta serta warga negara untuk menghasilkan, mengadopsi dan menginovasi teknologi dan perkhidmatan digital berkaitan dengan fungsi sosio-ekonomi untuk peningkatan kekayaan, produktiviti dan kualiti hidup.

Sebagai contoh, korang tengok sekarang ni, ramai yang buat macam-macam urusan secara dalam talian. Ada yang shopping online, malahan bekerja pun secara dalam talian je sekarang ni. Sedar tak sedar, sebenarnya ekonomi digital sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

**Saksikan pelancaran MyDigital secara virtual disini (selingan)

Selain itu banyak juga aplikasi dalam talian yang mewujudkan peluang serta saluran perniagaan. Misalnya, video pendek mengenai produk yang dijual yang dimuat naik melalui YouTube untuk menarik tontonan sekali gus menjana pendapatan.

Pokoknya, dunia digital ni sebenarnya lebih hebat dan besar serta memberi ruang dan peluang untuk usahawan khususnya pergi lebih jauh.

Graduan contohnya tidak perlu lagi mengharapkan pekerjaan, sebaliknya mereka sendiri kini mampu menjadi pencipta atau pemberi kerja dengan kelebihan pengetahuan dalam bidang digital.

Sesuai dengan rutin normal baharu pasca pandemik ini, kerajaan Malaysia bakal melancarkan ‘MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia’ yang dirangka bagi menentukan hala tuju dalam menjadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.

Kalau korang nak tahu, MyDigital akan dilancarkan nanti oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara virtual Jumaat ini. Saksikan secara langsung pada 19 Februari ini jam 9.00 pagi di www.epu.gov.my

The post Nak Terlibat Dengan Digital Ekonomi Dan Buat Bisnes Online Tapi Tak Faham Konsep? Ini Yang Perlu Kita Tahu appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.