Ads Top

Mengaku Ada Perasaan Cemburu, Isteri Shukri Yahaya Elak Tonton Lakonan Suami

Dalam kebanyakan drama, pelakon Shukri Yahaya sering terbabit dengan babak-babak romantik berasama pelakon wanita.

Bagi isteri kepada pelakon berkenaan iaitu Tya Adnan, memang timbul rasa cemburu apabila suaminya perlu melakukan babak sebegitu.

“Ye. Jujur la ni. Jeles je. Sebab i bukan robot. Manusia biasa je kan. Ada perasaan.

“Tapi macam I cakap sebelum-sebelum ni, I memang tak tengok cerita husband I,” ujarnya menjawab soalan seorang netizen.

Menerusi ruangan pertanyaan di Insta Story miliknya, ada netizen yang bertanyakan sama ada dia cemburu atau tidak sekiranya Syukri berlakon babak yang memegang tangan dengan pelakon wanita lain.

Menurut Tya, dia melihat bahawa suaminya itu merupakan seorang yang sangat profesional.

“Dia tahu mana kerja, mana real life. Mana rakan kerja, mana bini.

“Yang korang tenor dekat tv sweet-sweet tu cuba fikir balik belakang tabir tu berapa puluh orang tengok dekat sekeliling,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Tya Adnan

The post Mengaku Ada Perasaan Cemburu, Isteri Shukri Yahaya Elak Tonton Lakonan Suami appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.