Ads Top

“..J&T Tidak Akan Memotong Atau..,” J&T Tampil Beri Penjelasan Melalui Surat Terbuka

Beberapa hari ini, kecoh di media sosial mengenai beberapa isu yang melibatkan syarikat kurier J&T. Disebabkan perkara itu, pihak J&T menerusi laman Facebook mereka tampil menjelaskan beberapa perkara melalui surat terbuka mereka.

Surat Terbuka

Kepada masyarakat umum dan media yang dihormati:

“Kejadian penangguhan gaji pekerja J&T” yang tersebar di media dalam beberapa hari ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja dan tingkah laku pengagihan bungkusan yang ganas telah menimbulkan perhatian dan perbincangan orang ramai di dalam dan di luar industri. Pertama sekali, kami ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Kami akan menerima pendapat dan cadangan orang ramai. Untuk menjamin kebajikan pekerja kami, kami akan memberi maklumat yang benar kepada masyarakat umum, dan ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kebenaran kepada orang ramai pada hari ini .

“Pemotongan Gaji Pekerja”:

J&T telah komited untuk pembangunan lokal, meningkatkan pampasan dan faedah pekerja dari semasa ke semasa, dan mempromosikan pembangunan ekonomi sosial dan industri e-dagang Malaysia. Kami telah komited untuk membangun sistem pampasan dan faedah yang lengkap untuk meningkatkan faedah pekerja, jadi J&T telah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun setelah pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus, dan Undang-Undang Perburuhan Malaysia. Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang telah bekerja selama satu tahun dan bonus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun. Oleh kerana kurang jelas sistem pengagihan bonus di kalangan pegawai jabatan, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas yang berlaku pada 4 Februari dan menghasut beberapa pekerja untuk membuat gangguan bersama, dan menyebarkan video ke sosial media. Pengurusan Negeri Perak segera menangani dan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku. Pada 5 Februari, para pekerja telah menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun serta memproses bungkusan pelanggan. Kami ingin menjelaskan bahawa J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja, dan menjelaskan bahawa pihak kami akan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat dan institusi berkenaan.

“Aduan Netizen Tentang Pekerja J&T Mencuri Makanan dan Minuman dari Bungkusan”:

Disebabkan peningkatan pesat dalam jumlah bungkusan dalam tempoh MCO, J&T mengambil lebih banyak bungkusan dari masyarakat dalam tempoh ini, jadi syarikat telah mengupah lebih banyak pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada pekerja sementara. Ini merupakan kesalahan dalam pengurusan kami. Kami telah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa, serta menyelesaikan bungkusan yang hilang dengan cepat.

Kami berterima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka terhadap J&T. Kami akan berusaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dan pengurusan kami. Kami telah membuat peningkatan dalam masa yang singkat terhadap perkara yang telah berlaku dalam beberapa hari ini termasuk pengembangan kakitangan, pengembangan kenderaan, dan pengawasan pengurusan. Pengurusan akan ditambahbaikkan supaya latihan itu akan meningkatkan lagi kualiti semua pekerja.

Kami sekali lagi meminta maaf atas kekurangan dalam pengurusan kami yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati dan kerugian daripada pelanggan kami. Kami akan memikul semua tanggungjawab yang harus kami pikul dengan cepat untuk meningkatkan standard pengurusan dan perkhidmatan kami. Kami akan menyediakan latihan yang lebih profesional untuk memberi perkhidmatan ekspres yang boleh dipercayai dan cekap kepada pengguna Malaysia.

Akhir kata, terima kasih kepada media dan masyarakat umum atas pengawasan dan pendapat yang berharga. Kami mengetahui bahawa pekerja barisan hadapan merupakan aset terbesar dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja barisan hadapan atas usaha berterusan mereka untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

J&T Express Malaysia hereby would like to express our deepest apologies to all Malaysians due to the recent viral cases…

Posted by J&T Express – Malaysia on Sunday, February 7, 2021

The post “..J&T Tidak Akan Memotong Atau..,” J&T Tampil Beri Penjelasan Melalui Surat Terbuka appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.