Ads Top

Andi Bernadee Disihir Dua Kali, Dikatakan Bercakap Seorang Diri Dalam Tandas

Penyanyi Andi Bernadee mengejutkan ramai peminat apabila memuat naik satu video yang menunjukkan seekor katak dan dua batang paku dałam kuning telur.

Menjawab persoalan ramai, penyanyi berkenaan memaklumkan bahawa dirinya telah disihir.

Menurut Andi, ini adalah kali kedua dia mengalami pengalaman disihir dan tidak tahu daripada siapa.

“Badan saya jadi lemah hinggakan saya nak tidur pun susah.

“Setakat ini saya sudah berhubung dengan dengan ustaz dan mendapatkan rawatan berkaitan dengan perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, sumber terdekat Andi menyatakan bahawa pemyanyi itu sudah mula menunjukkan perangai sejak beberapa hari yang lepas.

Ujarnya, fizikal Andi juga semakin berubah dan perkara itu dipercayai akibat perbuatan sihir yang dialaminya.

Selain itu, Andi juga didakwa mula bercakap dengan seorang diri ketika berada di dalam tandas.

“Allhamdulillah, terima kasih awak.. Saya tak tahu apa salah saya pada awak.. Apapun ini semua ujian Allah..,” tulis penyanyi itu. – KopiPlanet.com

The post Andi Bernadee Disihir Dua Kali, Dikatakan Bercakap Seorang Diri Dalam Tandas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.