Ads Top

(Video) Rakaman Dipercayai ‘Bayangan Putih’ Melintas Belakang Sekumpulan Lelaki Bikin Seram

Satu klip rakaman yang memaparkan kelibat seakan lembaga putih seperti asap melintasi pandangan kamera ketika sekumpulan lelaki berdiri di hadapan sebuah stesen minyak telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Di bahagian belakang sekumpulan lelaki tersebut beberapa saat selepas klip itu bermula, kelihatan satu bayangan yang samar-samar melintasi stesen minyak tersebut.

Tidak dapat dipastikan berkenaan apa benda sebenarnya yang melintasi stesen minyak tersebut, namun portal Metro.uk mendakwa bahawa video tersebut berkemungkinan bukanlah video baru kerana sekumpulan lelaki terbabit tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Video yang dimuat naik di YouTube pada 2 Januari lalu pada setakat ini telah mendapat lebih 30 ribu tontonan daripada warganet.

Beberapa warganet yang menonton video berkenaan berpendapat bahawa ‘hantu’ itu sebenarnya pantulan cahaya daripada kereta yang sedang bergerak manakala ada yang berpendapat bahawa ianya adalah asap daripada rokok atau vape daripada seseorang yang sedang menghisapnya.

Sumber: Mirror

The post (Video) Rakaman Dipercayai ‘Bayangan Putih’ Melintas Belakang Sekumpulan Lelaki Bikin Seram appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.