(Video) Merajuk & Bersembunyi Sebab Dilarang Masuk Bilik, Oyen ‘Kantoi’, Munculkan Diri Bila Goncang Makanan
Macam budak kecik! Gara-gara ‘merajuk’ kerana tak diizinkan masuk bilik, seekor kucing oren dipanggil ‘Jimmy’ ini dikatakan bersembunyi daripada tuannya.
Dalam video dikongsikan @hatitfi di Twitter, dia tidak mengizinkan kucing tersebut masuk tidur bersama di dalam bilik kerana bulunya yang melekat-lekat. Akibatnya hari ini, dia terpaksa pusing satu rumah untuk mencari kucing berkenaan yang ‘menghilangkan diri’.
Rupa-rupanya ia bersembunyi di atas tangki. Sudahlah menyorok di tempat tinggi, Jimmy hanya mengiau apabila dipanggil tanpa menampakkan dirinya. Oyen bertuah itu hanya turun apabila pemuda berkenaan menggoncangkan bekas makanan sebagai ‘rasuah’ untuk memujuknya. Mengada betul ya.
Jom tonton gelagat Jimmy di bawah.
sebab semalam tak kasi dia masuk bilik tidur sama, kisahnya rimas dengan bulu dia yg melekat, berterbangan
so pagi ni penat pusing satu rumah cari. rupanya… pic.twitter.com/8H4qktg1ge— eyyyiiiipppppppppp (@hatitfi) January 17, 2021
Telatah kucing comel itu membuatkan netizen terhibur dan geli hati. Tak kurang juga ada yang berkongsi gelagat kucing masing-masing yang serupa dengan Jimmy.
Kenapa sembunyi-sembunyi
Untung dia menyahut
Alolo bawak diri ler kononnya
Sumber: @hatitfi
The post (Video) Merajuk & Bersembunyi Sebab Dilarang Masuk Bilik, Oyen ‘Kantoi’, Munculkan Diri Bila Goncang Makanan appeared first on Siakap Keli.
No comments: