Ads Top

(Video) Ayah Maut Akibat COVID-19, Tindakan Warga MAEPS Tenangkan Adik Ini Sentuh Hati Netizen

Pemergian insan tersayang, lebih lebih lagi ibu bapa sendiri buat selama-lamanya adalah detik paling sukar ditempuhi dalam hidup ini.

Apatah lagi mereka pulang ‘dipanggil’ Tuhan dalam keadaan sedang diuji dengan kesakitan yang tiada tandingnya.

Namun takdir itu lebih mengatasi tadbir, Tuhan lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.

Namun apa yang dirasai oleh adik kecil ini sangat menjentik hati dan akal kita semua, di mana dia kehilangan ayahnya ketika insan itu sedang bertarung nyawa melawan COVID-19.

Menerusi perkongsian video oleh warga Twitter Fahmi, rakaman kejadian ini didakwa berlaku di Pusat Kuarantin MAEPS Serdang.

Difahamkan, kisah si adik yang kehilangan ayahnya yang juga pesakit COVID-19 mencuri perhatian seluruh ‘warga’ MAEPS ketika itu, termasuklah Fahmi yang sedang dikuarantin di sana.

Daripada riak muka, mungkin adik ini kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin juga dia belum benar-benar faham makna apa itu kehilangan.

Atas dasar simpati dan solidariti, pihak pengurusan pusat kuarantin dibantu warga pesakit melancarkan kutipan tabung kilat buat si adik ini.

Mari tonton video yang dikongsikan Fahmi di bawah ini.

Tidak cukup dengan kutipan sumbangan, difahamkan warga MAEPS juga bersepakat menjalankan bacaan Yassin dan tahlil buat arwah ayahnya.

Apa yang membuatkan kita rasa ‘tersentuh’ ialah nilai kemanusiaan yang dizahirkan oleh mereka di sana.

Mereka sanggup meluangkan masa sebentar cuma untuk membacakan ayat suci Al-Quran sebagai ‘sedekah’ buat arwah, walaupun mereka sendiri sedang menderita melawan sakit.

Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan, bolehlah merujuk kepada maklumat di bawah ini.

Sementara itu, ada juga warganet lain berkongsi situasi lain yang berlaku terhadap si adik ini.

Dakwa warganet ini, selain menangisi pemergian ayah buat selama-lamanya, si adik ini juga dipercayai perlu bertabah akan ujian kesihatan yang menimpa ibunya.

Ramai warganet menzahirkan rasa sayu akan nasib adik ini dan mendoakan agar dirinya diberi kekuatan yang kuat untuk mendepani dugaan hidup ini.

Salam takziah buat arwah ayah adik ya. Al-Fatihah.

Sumber: Twitter Fahmi

The post (Video) Ayah Maut Akibat COVID-19, Tindakan Warga MAEPS Tenangkan Adik Ini Sentuh Hati Netizen appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.