(Video) Air Banjir Dah Melimpah Masuk Kedai, Lelaki Ini Tenang Tebar Roti Canai Demi Rezeki
Banjir yang melanda di beberapa negeri bertambah buruk apabila mangsa banjir di pusat pemindahan semakin bertambah selain banyak jalan utama yang sudah terputus hubungan akibat dinaiki air.
Namun, sebuah kedai makan menjual roti canai di Kuatan tetap beroperasi seperti biasa walaupun premis mereka digenangi air separas betis susulan banjir yang melanda kawasan tersebut.
Menerusi video yang dimut naik oleh seorang individu di Twitter, peniaga dilihat sibuk menyediakan roti canai yang dipesan oleh pelanggan seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun air banjir mengalir laju masuk ke kedai.
Mantap, banjir-banjir masih boleh berniaga
Mantap ah banjir-banjir still boleh berniaga pic.twitter.com/YsqBMp0vQA
— MighaPiljah (@Freissyann) January 5, 2021
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut terhibur dengan video berkenaan kerana aksi tenang peniaga untuk mencari rezeki yang halal walau berdepan dengan musibah.
Malah, ada yang menyifatkan roti canai yang dijual memberi definisi ‘the real roti banjir’ yang sebenar. Walau apa pun, semoga urusan mereka semua dipermudakan.
Selamba macam tak ada banjir dibuatnya
Drive thru roti canai?
The real ‘roti banjir’
Kalau order teh ais, senang tak payah bancuh
Kesiannya, walau ditimpa musibah tetap kena cari rezeki halal
Mereka berjuang demi sesuap nasi
Sumber: Twitter @Freissyann
The post (Video) Air Banjir Dah Melimpah Masuk Kedai, Lelaki Ini Tenang Tebar Roti Canai Demi Rezeki appeared first on Siakap Keli.
No comments: