Ads Top

Tidak Berlaku Sebarang Simptom, Emma Maembong & Suami Positif Covid-19

Setelah beberapa artis disahkan positif Covid-19 sebelum ini, yang terkini pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar pula berhadapan dengan situasi sama.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Emma yang telah membuat ujian swab di rumahnya.

“Melakukan ujian swab di rumah dengan @kumpulan_megaklinik_zahran. Terima kasih banyak kerana datang dan terima kasih @kai_armd @nafidzrazak kerana memberikan maklumat yang kami perlukan.

“Sangat bgus n sangat profesional. mereka boleh datang ke rumah anda dan melakukannya,” tulisnya sambil berkongsi video dia sedang menjalani ujian.

Menurut Emma, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.

“Saya sama sekali tidak mempunyai simptom, tetapi hasil yang diperoleh adalah positif.

“Jadi, walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada ke tak. Sila jaga dan ikuti sop. Selamat kuarantin kepada saya,” ujarnya.

Selain Emma dan suami, turut menjalani ujian swab adalah anaknya iaitu Shariq Gabriel. Namun keputusan ujian terhadap anaknya adalah negatif. – KopiPlanet.com

The post Tidak Berlaku Sebarang Simptom, Emma Maembong & Suami Positif Covid-19 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.