Ads Top

Siti Nordiana & Nubhan Tak Jadi Shooting Video Muzik Di Pulau Jeju, Korea Selatan Kerana PKP

Biarpun baru kali pertama berduet menerusi lagu Sekali Lagi, ternyata gandingan Siti Nordiana dan Nubhan ternyata memberi kelainan yang tersendiri.

Malah, mini siri untuk lagu tersebut yang disiarkan sebanyak tiga episod sebelum pelancaran video muzik juga mendapat respon positif peminat.

Siti Nordiana berkata, untuk pengambaran video muzik berkenaan ia sepatutnya dilakukan di Pulau Jeju, Korea Selatan.

“Memang saya ingin selitkan elemen K-drama untuk video muzik ini dan sepatutnya penggambaran dilakukan di Pulau Jeju pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, dengan masalah Covid-19 yang melanda serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perancangan tersebut terpaksa dibatalkan,” ujarnya yang juga pencipta lagu berkenaan bersama Sepet.

Penyanyi berkenaan berkata demikian ketika sesi sidang akhbar secara virtual bersama media baru-baru ini.

Jelas Siti Nordiana, penggambaran video muzik berkenaan akhirnya dilakukan di Kuala Lumpur sahaja, namun dia tetap berpuas hati dengan hasilnya.

“Saya cuba juga mahu selitkan elemen K-drama, namun tidak kisah sama ada ia berjaya atau tidak.

“Bagaimanapun, apabila dihasilkan saya sangat berpuasa hati kerana apa yang diinginkan akhirnya terhasil,” ujarnya yang juga merupakan peminat drama Korea.

Dalam pada itu, Nubhan pula yang turut menyertai sidang media berkenaan menyatakan ia satu penghormatan apabila menjadi pilihan Siti Nordiana untuk berduet menerusi lagu berkenaan.

“Untuk saling bekerjasama memang tiada masalah sebab kami pun sudah saling mengenali hampir 10 tahun. Malah isteri saya juga berkawan baik dengannya.

“Lagipun apa yang menarik untuk muzik video ini apabila isteri saya turut membuat kemunculan,” ujarnya.

Muzik video lagu Sekali Lagi sudah mula disiarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music sejak 18 Januari lalu. – KopiPlanet.com

The post Siti Nordiana & Nubhan Tak Jadi Shooting Video Muzik Di Pulau Jeju, Korea Selatan Kerana PKP appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.