Ads Top

Nora Danish Beri Pesanan Kepada Rider Supaya Buat Caruman, Utamakan Keselamatan

Tidak dinafikan ketika saat Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, pekerja rider (penghantar barang) merupakan antara golongan yang khidmat mereka amat diperlukan.

Menyedari betapa pentingnya tugas dan keselamatan pekerja rider , pelakon Nora Danish tampil memberi pesanan buat mereka supaya membuat caruman dengan badan perlindungan keselamatan seperti Perkeso.

“I just think that I needed to share this too. Kepada rider-rider yang gigih bekerja terutama time PKP ni , pagi petang siang malam untuk sara kehidupan, jangan lupa membuat caruman (Perkeso) ok?

“Kami sayang anda. Dan anda harus sayangi keluarga anda,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram. 

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut berkongsi mengenai dirinya yang pergi mengambil barang daripada rider.

“Selama ini bila order apa-apa, Kak Ha yang turun ambilkan barang. Semalam Nora sendiri turun, tengok kusut masai lunyai dah rider-rider sibuk menghantar barang sana sini untuk keperluan kita semua. 

“A Million thanks to rider rider seluruh Malaysia ❤. Stay strong dan jaga diri ok. Keselamatan harus diutamakan. Khas juga untuk mereka yg keluar bekerja. Such a good message for all of us,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Nora Danish

The post Nora Danish Beri Pesanan Kepada Rider Supaya Buat Caruman, Utamakan Keselamatan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.