Ads Top

Iklan Produk Dipasang Di Billboard, Zoey Rahman Buat Sujud Syukur, Luah Pernah Dikutuk Sahabat Artis

Pelakon Zoey Rahman dilihat antara barisan selebriti tanah air yang kini dilihat berjaya dalam bidang perniagaan.

Menariknya, pelakon yang mengusahakan produk Mika Series ini telah melakukan sujud syukur apabila iklan produknya itu kini dipasang di billboard.

“Tak tau nak cakap apa. Dalam hati saya menangis gembira dan terharu. Hanya khalimah syukur dan sujud tanda hati ini sangat berterima kasih pada yang Maha ESA. 

“Terima kasih ya Allah kerana mendengar doa hamba Mu ini.. Semoga ini menjadi pembakar semangat untuk ku dan dan team mikaseries untuk lebih bekerja keras. Banyk kepayahan yang saya lalui. Hampir menyerah pun pernah ada,” tulisnya di satu entri di Instagram bersama video dia melakukan sujud syukur.

Dalam pada itu, Zoey juga tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila pernah dikutuk sahabat artis sendiri sebelum ini.

“Sedih juga pernah saya rasa bila ada sahabat artis mengutuk dan mengata saya. Mujur saya ada ibu yang selalu mendoakan anaknya ini.

“Mujur saya ada team yang sanggup lalui kepayan bersama saya. Syukur Ya ROB.. Terima kasih pada semua yang menyokong saya dan menyokong produk saya mikaseries,” tulisnya. – KopiPlanet.com

The post Iklan Produk Dipasang Di Billboard, Zoey Rahman Buat Sujud Syukur, Luah Pernah Dikutuk Sahabat Artis appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.