Ads Top

De’Xandra Youth Keluaran Terbaharu Produk Body Mist, Penuhi Keperluan Golongan Remaja

Sudah bertahan selama lebih enam tahun di pasaran, De’Xandra masih utuh sebagai antara jenama wangian yang menjadi pilihan dengan menjadikan kualiti sebagai fokus utama bagi setiap produk yang dihasilkan.

Dengan pelbagai produk yang dihasilkan, De’Xandra tidak hanya terhad kepada Eau De Parfum (EDP) dan product wangian kereta dalam mempelbagaikan jaringan produk mereka.

Ketika ini, turut berkembang pesat dengan mensasarkan pengguna daripada pelbagai golongan, De’Xandra kini turut mempelopori pembuatan untuk produk wangian rumah, losyen beraroma dan sanitiser.

Bukan setakat berkembang di Malaysia, jenama De’Xandra sebenarnya mampu mengukuhkan namanya di beberapa negara lain seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Kemboja, China dan Filipina.

Tentunya di sebalik kejayaan ini adalah usaha keras 30,000 ejen yang turut bersama-sama membangunkan De’Xandra sehingga ke hari ini.

Bukan sekadar empayar perniagaan, ketika ini De’Xandra juga turut mempunyai misi yang jelas dalam membantu lebih ramai usahawan di luar sana terutamanya golongan remaja.

Pembukaan 2021 terus gemilang buat De’Xandra apabila jenama ini memperkenalkan segmen berbeza dalam bidang perniagaan, melalui De’Xandra Youth (#dxyouth)

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi menjelaskan jika De’Xandra sebelum ini lebih terkenal melalui produk EDP yang mempunyai bauan yang lebih matang. Kali ini De’Xandra Youth (#dxyouth) mahu memenuhi keperluan golongan remaja pula.

“De’Xandra Youth (#dxyouth) adalah segmen baharu dalam perniagaan kami yang akan memberikan fokus kepada pengguna jenama ini kepada golongan remaja.

“Melalui segmen perniagaan ini buat kali pertama kami memperkenalkan siri wangian body mist yang mempunyai lima bauan berbeza,” jelasnya.

Menurut beliau, idea untuk memperkenalkan segmen De’Xandra Youth bermula apabila wujud permintaan daripada golongan remaja sendiri yang mahukan sesuatu yang sesuai untuk mereka di bawah jenama mereka.

“Berkongsi mengenai siri wangian body mist ia hadir dalam pelbagai warna, dengan haruman yang lebih ceria, ciri utama bauan bauan body mist ini juga adalah aroma campuran manis buah-buahan dan kesegaran bunga-bungaan.

“Apa yang penting produk ini juga selamat digunakan memandangkan bahan yang digunakan dalam siri wangian body mist ini berasaskan air yang lebih mesra kulit terutamanya untuk remaja. Setiap 100ML produk ini boleh didapati dengan harga hanya RM25,” katanya.

Siri wangian body mist akan dikeluarkan melalui lima bauan berbeza di bawah nama Dare Me, Ily Bae, Glamsquad, Playdate dan Chaotic Energy.

Sudah berada di pasaran sejak 8 Januari lalu siri wangian body mist ini juga boleh didapati melalui butik, kiosk dan ejen De’Xandra yang berdaftar seluruh Malaysia.

Sementara itu, berkenaan dengan pemilihan lima duta yang akan mewakili kempen pengiklanan De’Xandra Youth, Ernayanee Nur menjelaskan pelantikan berkenaan dibuat berdasarkan personaliti yang dimiliki lima selebriti ini.

Ujarnuya, lima selebriti yang akan mewakili segmen baharu di bawah De’Xandra kali ini adalah seperti pelakon Mia Sara Nasuha, Erissa Puteri, Nana Quemar, Kashika Selvam dan Kon Wen Wei.

“Selain umur, pemilihan lima selebriti ini juga dibuat melalui personaliti positif yang dimiliki mereka.

“Bukan sekadar berjaya dalam bidang seni, lima selebriti yang dipilih ini juga mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan remaja di luar sana yang sekali gus mampu meperluaskan penjenamaan De’Xandra Youth kepada masyarakat, terutamanya remaja,” jelasnya.

Ujarnya lagi, serentak dengan pelantikan itu juga pihaknya turut melancarkan lagu tema De’Xandra Youth berjudul Bring The Best.

Mengulas lanjut mengenai perancangan untuk tahun 2021, beliau menyatakan ia permulaan yang cukup cemerlang buat pihaknya apabila dibawah segmen De’Xandra Youth, beliau akan terus membantu usahawan muda untuk berkembang maju dalam bidang perniagaan.

Turut memperkenalkan program Youth Entreducation dan KTM Rejuvenation, kongsinya ia adalah satu visi baharu buat De’Xandra dalam memenuhi permintaan pasaran.

“Melalui program Youth Entreducation ini kami akan menyediakan latihan untuk memupuk minat dan memberi panduan selok belok perniagaan kepada mereka yang ingin bergelar usahawan di usia muda.

“Dalam sesi berbeza kami juga akan turut bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam membuat transformasi kepada lokasi strategik, Stesen KL Sentral.

“Menjadi lokasi pilihan rakyat Malaysia terutamanya remaja, kerjasama ini juga akan menghasilkan wajah baharu Stesen KL Sentral yang sesuai dengan anak muda kita,”katanya.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai Dxyouth boleh terus melayari laman web dexandrayouth.com – KopiPlanet.com

The post De’Xandra Youth Keluaran Terbaharu Produk Body Mist, Penuhi Keperluan Golongan Remaja appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.