Ads Top

Bolehkah Berwuduk Dengan Air Banjir

Sejak beberapa hari ini, Malaysia dilanda musim hujan yang berpanjangan sehingga ada beberapa kawasan yang telah ditimpa banjir.

Jumlah mangsa banjir yang dilaporkan pada awal Januari meningkat di beberapa negeri kepada 20 017 orang mangsa terutamanya di Pahang, Perak dan Kelantan.

Jika di bandar-bandar besar pula, banjir kilat kerap terjadi tidak mengira musim, terutamanya jika hujan lebat turun tanpa henti dan mengakibatkan paras air naik secara mendadak.

Dalam beberapa kajian menyebut bahawa air banjir amat merbahaya kerana beberapa sebab antaranya, campuran air kumbahan, bercampur dengan bahan yang berbahaya seperti bahan kimia dan juga boleh menyebabkan pembiakan nyamuk jika air bertakung.

Disebabkan itu, apabila berlakunya banjir, kita dinasihati untuk tidak bermain dengan air banjir bahkan perlu mengelaknya.

Namun, ada beberapa kejadian yang berlaku ketika banjir sehingga menyebabkan ketiadaan air bersih. Jadi, adakah dibolehkan untuk berwuduk menggunakan air banjir?

Dalam hal ini, ulama menukilkan bahawa hukum asal air banjir adalah bersih. Maka, dibolehkan untuk menggunakannya sebagai alatan untuk bersuci.

Jika air banjir itu berubah warnanya disebabkan lumpur atau tanah, maka itu adalah tidak mengapa kerana sifat asal tanah adalah suci.

Syeikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili berkata – “Sekiranya air berubah pada warna, bau dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur) dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan.

Adapun, jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi serta menghilangkan najis, maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan.” (Al-muktamad fi Fiqh al-Syafi;e, 1/38)

Bagaimanapun, sekiranya air tersebut diyakini telah bercampur dengan najis atau datangnya dari kawasan yang kotor, maka perlulah dielakkan.

Kesimpulan

Tuntasnya, boleh untuk berwuduk dengan air banjir walaupun ia berubah warna disebabkan tanah atau lumpur kerana sifat asalnya adalah suci.

Namun, jika ia dimasuki najis atau datang dari tempat yang kotor sehingga bimbang boleh memudaratkan kesihatan, maka hukumnya adalah tidak dibolehkan.

ÙˆَÙŠُÙ†َزِّÙ„ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… Ù…ِّÙ†َ السَّÙ…َاءِ Ù…َاءً Ù„ِّÙŠُØ·َÙ‡ِّرَÙƒُÙ… بِÙ‡ِ ÙˆَÙŠُØ°ْÙ‡ِبَ عَنكُÙ…ْ رِجْزَ الشَّÙŠْØ·َانِ ÙˆَÙ„ِÙŠَرْبِØ·َ عَÙ„َÙ‰ٰ Ù‚ُÙ„ُوبِÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙŠُØ«َبِّتَ بِÙ‡ِ الْØ£َÙ‚ْدَامَ

Mafhum: “Dan (ingatlah ketika) Ia menurukan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).” (Surah Al-Anfal, 8:11)

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan

The post Bolehkah Berwuduk Dengan Air Banjir first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.