Ads Top

“Belajar Secara Online, Tetapi Kena Bayar Yuran Penuh. Tak Logik Langsung” – Nabila Huda

Memandangkan kes Covid-19 yang naik mendadak sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan kini murid-murid menjalani sesi pembelajaran secara atas talian.

Bagaimanapun, perkara tersebut ternyata mendapat reaksi ramai pihak, terutama sekali ibu bapa.

Antaranya, pelakon Nabila Huda yang turut memberi pendapat di Instagram miliknya bahawa pelaksanaan pembelajaran secara atas talian ini perlu diteliti semula daripada pelbagai aspek.

“Sudah tiba masa untuk kita berhenti membayar yuran sekolah kerana tiada sesiapa pun yang nak bantu kita selesaikan masalah berkenaan pembelajaran secara online.

“Belajar secara online, tetapi kena bayar yuran penuh. Tak logik langsung. Sekolah pun tutup bukan ada orang pakai kemudahan cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kite nak kena terus membayar macam ni.

“Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan pembelajaran online. Memang la orang akan cakap kena biasa dengan norma baharu,” tulisnya.

Ujar Nabila, dia tiada masalah dengan norma baharu, tetapi hanya mempersoalkan kenapa yuran dibayar penuh.

Jelasnya, bolehkah pihak sekolah bertolak ansur untuk memahami situasi yang berlaku sekarang ini.

Dalam pada itu, pelakon itu juga memberitahu, buat masa ini dia terpaksa berhenti berfikir berkenaan pembelajaran secara online dan memilih untuk mencari guru bagi mengajar anaknya di rumah.

Jelasnya, dia risau kerana anaknya semakin membesar dan banyak subjek yang sukar dipelajari secara baik kerana kanak-kanak tidak berminat untuk mengadap komputer riba.

“Pembelajaran secara online ini tidak 100 peratus berkesan untuk anak saya. Dulu memang saya tak setuju dengan kaedah bejalar di rumah (home school) sebab saya nak dia bersosial dengan rakan-rakannya.

“Tetapi dalam keadaan sekarang, saya sudah tidak ada pilihan dan perlu mencari guru yang boleh mengajarnya,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengarahkan semua pelajar untuk belajar secara online dan hanya pelajar yang menghadapi peperiksaan utama sahaja dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

Keputusan itu dibuat selepas kes Covid-19 yang meningkat naik secara mendadak sejak kebelakangan ini. – KopiPlanet.com

The post “Belajar Secara Online, Tetapi Kena Bayar Yuran Penuh. Tak Logik Langsung” – Nabila Huda appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.