Ads Top

Bangunan Kelas Sekolah Lama Siti Nurhaliza Hanya Nampak Bumbung Akibat Banjir

Ketika ini beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sedang teruk dilanda bencana banjir.

Malah, negeri kelahiran penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri iaitu Pahang antara yang teruk mengalami bencana alam tersebut dan beliau sempat berkongsi keadaan sekolah lamanya, SMK Clifford, Kuala Lipis yang ditenggelami air.

“Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir.

“Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir,” tulisnya di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pengurus beliau Rozi Abdul Razak menerusi perkongsian di Instagram juga meluahkan rasa sebak melihatkan keadaan sekolah lamanya itu yang hanya kelihatan bumbung sahaja.

“Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khazanah-khazanah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada galang ganti, hampir tenggelam sepenuhnya.

“Hari ini, sebagai Naib Yang DiPertua, alumni LOCA atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, Lipis, Pahang, saya mengalu-alukan jasa baik dan sumbangan kalian dalam bentuk kewangan (kecemasan). Akaun Maybank LOCA: 556114503768,” tulisnya.

Menurutnya, terdapat sumbangan lain yang diperlukan ketika hari gotong- royong pembersihan nanti seperti tenaga sukarela, waterjet, makanan, minuman dan dan ia akan dimaklumkan nanti. – KopiPlanet.com

The post Bangunan Kelas Sekolah Lama Siti Nurhaliza Hanya Nampak Bumbung Akibat Banjir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.