Ads Top

Ahli Keluarga Awie Bertambah, Isteri Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki

Pelakon dan penyanyi popular Datuk Awie atau Ahmad Azhar Othman telah selamat dikurniakan cahaya mata lelaki.

Perkara berkenaan dikongsi menerusi laman Facebook miliknya, di mana isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin selamat bersalin pada pukul 6 petang, Isnin lalu.

“Segala puji-pujian buat Mu, Kau telah makbulkan hajat ku, hari ni 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu.

“Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri di dalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku ! Aku sayu !,” tulisnya.

Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada Oktober 2016 dan ia merupakan cahaya mata sulung buat mereka berdua.

Sebelum ini, Awie sudah mempunyai lima orang cahaya mata hasil dua perkahwinan terdahulu. – KopiPlanet.com

The post Ahli Keluarga Awie Bertambah, Isteri Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.