(Video) Viral Aksi Lelaki Menari Setiap Kali Balik Kerja, Niat Nak Buat Isteri Di Rumah Gembira
Bagi yang bekerja, momen yang paling dinantikan pastinya ketika sudah habis waktu kerja dan boleh pulang ke rumah.
Saat ini, segala penat lelah pastinya akan terpancar di wajah, terkadang nak senyum pun susah. Hanya terbayang untuk baring dan tidur ketika sampai ke rumah.
Namun, itu bagi yang bujang la, bagi yang sudah mempunyai suami isteri, ini mungkin reaksi para suami isteri ketika pulang ke rumah.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Haissazc S. Hisham di Twitter, ia memperlihatkannya sering menari ketika pulang ke rumah.
Tak sangka isteri buat kompilasi video setiap kali aku balik rumah.
Sorry kalau nampak melampau sikit tariannya I just want to make my wife happy tiap kali saya balik dari kerja. pic.twitter.com/Fq1GGytryy
— Haissazc S. Hisham (@HaissazcH) December 20, 2020
Berniat ingin menghiburkan isterinya, video kompilasi itu mendapat perhatian ramai kerana dilihat tidak terpancar langsung keletihan pada wajah Haissazc, sebaliknya reaksi girang yang melucukan.
Mungkin ia kelihatan biasa, namun ia sebenarnya positive vibes yang boleh mengeratkan hubungan di antara suami isteri.
Janganlah masam je selalu muka bila balik rumah, nanti isteri dengan anak-anak nak tegur pun takut.
Sumber: Haissazc S. Hisham
The post (Video) Viral Aksi Lelaki Menari Setiap Kali Balik Kerja, Niat Nak Buat Isteri Di Rumah Gembira appeared first on Siakap Keli.
No comments: