Ads Top

(Video) Kreatif, Remaja Cipta Lagu Rap Dari Subjek Sejarah, Ramai Puji Kata Tak “Boring” Nak Belajar Lepas Ni

Mengimbau kembali ketika berada di zaman sekolah, setiap orang pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu subjek yang tidak digemari.

Salah satu daripanya adalah Sejarah, ramai yang pastinya akan mula tertidur jika guru mula mengajar subjek itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa subjek itu sememangnya sarat dengan pelbagai peristiwa yang perlu dihafal namun ia sepatutnya tidak dipandang remeh kerana ia seharusnya difahami dan dihayati dengan betul.

Ditambah pula dalam keadaan pembelajaran dalam talian pada ketika ini, para pelajar pasti sedang struggle untuk menghafal subjek itu.

Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan bagi menghafal dan memahami subjek itu mengikut kreativiti masing-masing.

Bagi seorang pelajar tingkatan 5 ini, dia mempunyai cara yang kreatif untuk mengingati bab-bab dalam subjek sejarah.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Aaron Ming memuatnaik beberapa video yang menyaksikan dia sedang rapping beberapa butiran penting yang ada di dalam subjek itu.

Dengan rentak rap yang lit, ia bukan sahaja boleh membantu dirinya malah pelajar yang lain untuk menghafal subjek itu.

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan St.Francis, Melaka itu berkata bahawa dia mula meminati rap sejak tahun lalu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi positif terhadapnya dan ada juga yang menanti Aaron rapping mengenai bab-bab lain.

Sumber: ming_aa_ron_

The post (Video) Kreatif, Remaja Cipta Lagu Rap Dari Subjek Sejarah, Ramai Puji Kata Tak “Boring” Nak Belajar Lepas Ni appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.