(Video) “Dah Lama Nak Chat, Tapi Macam Segan,” Kisah Pasangan Ini Bermula Tegur Di IG, Akhirnya Ke Alam Perkahwinan

Banyak cara jodoh boleh datang kepada kita, ada yang secara tiba-tiba, ada yang hadir melalui usaha. Apapun jalannya, segalanya tertakluk kepada takdir dan aturan Tuhan Yang Maha Esa.
Baru-baru ini, seorang pemuda, Saiful Amir berkongsi kisah pertemuannya dengan isteri, Nur Syafika yang baru melangsungkan penikahan mereka 27 November lalu.
Kata Saiful, mereka hanya berhubung melalui mesej Instagram sejak Julai lalu selepas Nur Syafika memulakan perbualan bersama pemuda itu.
Malah, mereka hanya bertemu buat pertama kali sewaktu pertunangan pada 23 Ogos lepas. Pasangan itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan mereka dan sah bergelar suami isteri baru-baru ini.
“Dengan sekali lafaz aku memegang satu amanah terbesar dalam hidup. Hero harus tenang.”
@saifulamir_ Dengan sekali lafaz aku memegang satu amanah terbesar dalam hidup
hero harus tenanggg #fypシ #fyp #fyyyyppppppp
“Percaturan allah itu memang terbaik terlalu singkat perkenalan terus disatukan. Moga masjid yang dibina kekal hingga hujung nafas.”
@saifulamir_ Percaturan allah itu memang terbaik terlalu singkat perkenalan terus disatukan
moga masjid yg dibina kekal hingga hujung nafas #fypシ #fyp #fyyyyy
Lantaran itu, ramai kenalan dan warga maya yang mendoakan mereka. Video perkongsian Saiful Amir mendapat lebih 50,000 tontonan di akaun TikTok miliknya.
Semoga bahagia hingga akhir hayat
Muka sama
Moga dipermudahkan
Sumber: Saiful Amir
The post (Video) “Dah Lama Nak Chat, Tapi Macam Segan,” Kisah Pasangan Ini Bermula Tegur Di IG, Akhirnya Ke Alam Perkahwinan appeared first on Siakap Keli.
No comments: