Ads Top

Setelah Tertangguh, Keputusan 12 Lagu Layak Ke Pentas AJL 35 Diumumkan

Sebanyak 12 lagu yang akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35) telah diumumkan malam ini.

Dalam 12 lagu yang layak, ternyata lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong paling banyak layak ke pentas AJL 35 iaitu sebanyak tiga buah lagu.

Antara lagu-lagu ciptaannya yang tercalon seperti Belenggu Rindu (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah) serta Hati dan Peluang Kedua yang dinyanyikannya sendiri di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35.

Sementara lagu ciptaan Ezra Kong pula adalah Belenggu Rindu dan Hati yang dicipta bersama Hael Husaini, manakala sebuah lagu lagi iaitu Kau Sakiti nyanyian Amir Masdi yang dicipta Bergama Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo & Mage.

Selain itu, turut menjadi tumpuan adalah penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang menjadi penyanyi paling senior yang akan beraksi di pentas AJL 35.

Sebanyak 30 buah lagu yang bertanding di pentas SFMM 35 telah dinilai oleh juri-juri professional tanah air seperti Ajai, Helen Yap, Fauzi Marzuki, Datuk Mokhzani, Edrie Hashim dan Azmeer selaku Ketua Juri. – KopiPlanet.com

Senarai 12 Lagu Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35)

  1. Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah (Hael Husaini & Ezra Kong)
  2. 7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta (Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta)
  3. Hati – Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)
  4. Semalam – Aina Abdul (Aina Abdul)
  5. Peluang Kedua – Hael Husaini (Hael Husaini & MFMF)
  6. Hutang – Floor 88 (Zai Hamzah & Achoi Floor 88)
  7. Kau Sakiti – Amir Masdi (Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage)
  8. Gundah – Ernie Zakri (Sharon Paul & Ernie Zakri)
  9. Gila – Kaka Azraaf, Noki & Tuju (Noki, Loca B, Ezra Kong)
  10. Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter (Dark)
  11. Eh – Zizi Kirana (Navigator & Zizi Kirana)
  12. Aku Bidadari Syurga – Aishah (Ippo Hafiz & Siti Rosmizah)

The post Setelah Tertangguh, Keputusan 12 Lagu Layak Ke Pentas AJL 35 Diumumkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.