Hubungan Hayden Christensen & Rachel Bilson Masih Baik Demi Anak
Meskipun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2017, namun hubungan antara pelakon Hayden Christensen dan Rachel Bilson masih lagi dilihat baik.
Rachel yang juga pelakon siri The OC itu telah berkongsi mengenai pengalaman membesarkan anak bersama bekas suaminya itu ketika dunia dilanda wabak Covid-19.
“Buat masa ini keadaan baik-baik sahaja dan seronok rasanya berkurung di rumah.
“Lagipun ia juga satu perkembangan sihat buat anak kami yang mempunyai dua buah rumah untuk dia tinggal secara bergilir-gilir,” katanya.
Rachel dan Hayden mula menjalinkan hubungan istimewa sejak tahun 2007 selepas kedua-duanya terlibat dalam penggambaran filem Jumper.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan berpisah 10 tahun kemudian dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Briar Rose yang kini berusia enam tahun.
Aktres itu kemudiannya dikatakan rapat dengan aktor Bill Hader pada awal tahun ini, tetapi hubungan yang baharu terjalin itu dikatakan sudah putus pada Julai lalu. – KopiPlanet.com
The post Hubungan Hayden Christensen & Rachel Bilson Masih Baik Demi Anak appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: