Ads Top

Samsons Terbitkan Album ‘V’, Tampilkan 55 Pemuzik Budapest Scoring Symphony Orchestra

Setelah menunggu beberapa lama, grup band Samsons yang dianggotai oleh Ariadinata sebagai penyanyi, Irfan Aulia (gitar), Erik Partogi Siagian (gitar) dan Aldri Dataviadi (bass) akhirnya melancarkan album terbaru mereka yang diberi judul ‘V’.

Sesuai dengan judulnya, ia menjadi album kelima mereka selama lebih dari 17 tahun mengarungi industri musik Tanah Air. Album ini dilancarkan oleh label Universal Music Indonesia.

Menariknya, untuk album ‘V’ ini ia melibatkan puluhan pemuzik yang bergabung dalam Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Ternyata Samsons mahu memberikan sentuhan muzik orkestra pada semua lagu dalam album ini dan tidak menghairankan apabila nuansa muzik yang disajikan mereka terasa sangat megah dengan bunyian muzik Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Ia melibatkan seramai 55 orang pemain orkestra terbaik di Budapest yang terdiri dari 40 strings player, 7 woodwinds player, 7 brass player, 1 percussionist yang sudah biasa membuat scoring untuk filem-filem Hollywood. 

Penglibatan muzik orkestra sebenarnya bukan sesuatu yang baru dalam muzik Samsons kerana pada 2007, menerusi album ‘Penantian Hidup’, Samsons pernah bekerjasama dengan Sydney Philharmonic Orchestra.

Dalam album ‘V’ ini juga terdapat sebanyak 12 lagu yang disajikan oleh Samsons bagi para peminatnya.

Antara yang telah dilancarkan seperti single Ternyata Cinta, Tuhan Tak Pernah Salah, I Love U, Cinta Mati dan juga Jika Nanti iaitu sebuah single terbaharu mereka yang dilancarkan bersama album ini. – KopiPlanet.com

The post Samsons Terbitkan Album ‘V’, Tampilkan 55 Pemuzik Budapest Scoring Symphony Orchestra appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.